Para Penyokong

Sunday, March 23, 2014

Mencuba Trail MTB AU2


Mencuba trail AU2 yang letaknya hanya 100 meter dari rumah saya. Sebenarnya saya pun tak sedar adanya trek ni, tapi sejak sebulan dua ini nampak ada beberapa rider yang tiba-tiba keluar dari semak belakang Jusco ini, saya pun tergerak hati untuk mencubanya.. Ada dua downhill yang agak curam di sini.. Mencabar lengan sebab basikal old timer saya ini hanya mempunyai rigid fork..

Wednesday, March 19, 2014

Apakah Matlamat Aktiviti Berbasikal Anda?

Apabila kita ingin memulakan aktiviti berbasikal, kita kadangkala tidak tahu basikal jenis mana yang kita patut beli. Ada yang mula-mula sahaja, ingin terus membeli mountain bike atau dalam Bahasa Melayunya, basikal gunung/bukit. Ada pula yang tertarik dengan basikal jalanan atau roadbike atau panggilan nama pendeknya roadie. Jarang sekali pula ada yang memulakan aktiviti yang menyihatkan ini (secara umumnya) dengan merancang pembelian basikal jelajah atau touring bike. Dan ada juga yang tidak kisah basikal jenis apa yang patut dibelinya lantas membeli basikal hybrid yang berharga murah serendah RM500.

Sebelum kita hendak membeli basikal pertama kita, tanyalah diri kita apakah matlamat berbasikal kita? Adakah kita benar-benar minatkan basikal gunung/bukit lantas kita mengikut saja cadangan orang lain atau penjual basikal untuk membeli basikal jenis itu? Atau kita hanya ingin mengayuh di jalanan lantas kita tidak memilih basikal gunung/bukit dan terus membeli basikal jalanan yang menunjukkan kita lain daripada pemain-pemain baru yang terus sahaja membeli basikal gunung/bukit walaupun mereka belum mengetahui minat sebenar mereka mengayuh di kawasan bukit yang memerlukan kekuatan untuk mendaki bukit?

Kaji matlamat kita terlebih dahulu. Tulis di atas kertas mengenai kegemaran kita, apa yang hendak kita lakukan dengan basikal kita, kemana kita hendak mengayuh basikal kita itu dan adakah kita memiliki kemampuan fizikal untuk pemilihan tempat mengayuh seperti di bukit bukau dan kawasan hutan di tepi kota. Barangkali jika anda pernah dinasihati oleh doktor untuk tidak terlalu melakukan aktiviti lasak kerana pernah retak tulang tertentu, anda mesti ingat kembali dan menolak untuk membeli basikal gunung/bukit tetapi sebaliknya membeli basikal jalanan.

Sebagai contoh, saya sebagai pengayuh baru beberapa tahun yang lalu, saya tidak mendengar nasihat orang lain dan tidak melakukan kajian terperinci mengenai minat sebenar saya, cuma yang saya tahu ialah saya ingin membeli basikal untuk MENGELUARKAN PELUH, jadi saya tidaklah begitu kisah basikal apa yang perlu saya kayuh kerana saya pernah memiliki basikal gunung/bukit, basikal jalanan, basikal kembara dan basikal lipat. Saya tidak kisah mengayuh apa-apa jenis basikal pun, kecuali saya memikirkan kesesuaian sesebuah basikal itu dengan lokasi kayuhan. 

Saya selalu mengayuh basikal kembara ke sesuatu lokasi seperti ketika hendak membayar bil kerana lokasi tersebut susah untuk mendapatkan tempat letak kereta. Saya banyak kali juga mengayuh basikal gunung/bukit di atas jalanraya walaupun saiz kelebaran tayarnya lebih sesuai untuk kayuhan di bukit bukau dan semestinya saya mengayuh basikal jalanraya di atas jalanraya kerana basikal tersebut memang direka untuk tujuan kayuhan di atas jalanraya.

Barangkali, basikal yang sesuai untuk semua keadaan ialah basikal gunung/bukit yang boleh dikayuh di atas jalanraya dan di luar jalanraya. Ia juga boleh dijadikan basikal kembara untuk tujuan mengembara dengan basikal. Bagi saya, saya akan mengayuh pada jarak dekat kerana sudah berkali-kali saya mengingatkan diri sendiri dan isteri saya juga selalu mengingatkan saya bahawa tujuan asal saya membeli basikal dulu adalah untuk MENGELUARKAN PELUH. 

Sudah tentu sekali saya tidak perlu membeli basikal bersuspensi penuh (fullsus) yang berharga RM 8000 hanya untuk mengeluarkan peluh, itu merupakan satu pembaziran yang nyata. Saya akan mengayuh pada jarak 9 atau 10 dan kurang 15 kilometer di sekitar kawasan rumah pun sudah memadai, asalkan dapat mengeluarkan peluh. Saya juga tidak perlu untuk mengayuh sejauh mungkin seperti 100 atau 200 kilometer dan kemudiannya memasukkan foto kayuhan di dalam media sosial sebagai menandakan saya sudah mengayuh jauh lebih daripada orang lain. Cukup sekadar memenuhi keperluan dan matlamat asal saya iaitu MENGELUARKAN PELUH, jarak dekat dan dilakukan secara senyap-senyap sudah memadai.


Tuesday, March 4, 2014

Giant ATX 870 , Retro Bike and Schwinn Moab 3

During my visits to a 2nd hand Japanese bike dealer shop at Taman Garing, Rawang, I was fascinated by two retro bikes, one is Giant ATX 870 which is believed to be 1996 production and the other piece is Schwinn Moab 3, newer than the Giant, a 2000s production bike and brought back those two for my next bicycle project.


That shop sells an 'as is where is' bicycle, and it's up to the buyer to decides on the next step of the bicycle they purchased. I decided to build two touring bikes which are for sale at the end of the day.

After built it (which took several days to complete), here are the final result!


Giant ATX 870


Schwinn Moab 3

Thursday, February 20, 2014

Rakan Basikal Di Facebook Akhirnya Bertemu Di Sabak Bernam!

Saya mengenali seorang teman di FB yang bernama Miskam Marimun sejak bulan Jun 2012 kerana minat yang sama dalam aktiviti basikal. Perkenalan terhad di alam maya sahaja kerana beliau tinggal di Sabak Bernam sementara saya tinggal di Setiawangsa. Walaupun berada di dalam negeri yang sama iaitu Selangor (saya di sempadan Selangor - KL), jarak antara kami adalah 116 kilometer! Beberapa kali beliau mengajak saya mengayuh di Sabak Bernam, namun saya juga telah beberapa kali 'gagal' untuk memenuhi pelawaan tersebut kerana faktor jarak.

 Saya dan Bang Miskam Marimun di sebuah kedai basikal Jepun di Sabak Bernam

Pembukaan sebuah kedai basikal Jepun di Sabak Bernam telah menemukan saya dan Miskam Marimun. Pagi tadi, selepas menghantar isteri saya ke tempat kerjanya, dengan tidak semena-mena hati saya meronta hendak ke Sabak Bernam untuk melihat kedai basikal yang dipromosikan dengan giat oleh Miskam. Sehingga saya 'terbawa balik' sebuah basikal yang tidak saya ketahui jenamanya melainkan tertulis di frem tersebut jenama DAMSON.

Terima kasih Bang Miskam kerana 'menyebabkan' saya datang ke Bandar Sabak Bernam untuk pertama kali dalam hidup saya. Sepanjang perjalanan melalui Kuala Selangor, Sekinchan dan akhirnya Sabak Bernam, terlalu banyak tempat yang indah saya lalui. Tidak tersangka negeri Selangor yang amat maju ini, masih ada kawasan yang indah seperti di Sekinchan dan Sabak Bernam. Kawasan sawah padi yang biasanya dikaitkan dengan negeri jelapang padi iaitu Kedah, juga terdapat di kawasan Selangor.

In sha Allah, pada satu hari nanti saya akan ke Sabak Bernam lagi.. :)

Saturday, January 25, 2014

Touring By Bicycle. Batu Caves - Batu Caves

I did a touring by bicycle for the first time, a bit long distance - 80 km. Normally, I had no time to cycle more than 50 km but today, I've spent my half day to fulfill my dream on bicycle, tour from Batu Caves to Batu Caves! Batu Caves to Batu Caves??? That's not more than 1 km right? No, I traveled from Batu Caves - Sungai Tua - Ulu Yam - Batang Kali - Antara Gapi - Serendah - Rawang (too dusty there) - Selayang - and finally, reached Batu Caves in 8 hours! Alhamdulillah!


Started taking photo at Taman Jasa Utama, Batu Caves


First uphill


You'll find that the hilly road are non stop. Hill after hill.. I want to go back! Oh no!


The great uphill ends here!

After 3 km of uphill, finally I found a downhill road..!


Very famous spot, Nur Laman Bestari.. Excellent spot for motivational and self development program


You'll go downhill at 55km/h after that! I bought a fried banana here..



Fried banana while rode my bike!


Selangor State Park


A school for a smart students!


Reached Ulu Yam small town


Having lunch at 3 o'clock at one Nasi Ambeng stall. Costs me RM8 even at a small town of Ulu Yam!




Reached Batang Kali


Antara Gapi


Selfie at Antara Gapi


After Antara Gapi and before Serendah


At Serendah sign board

Stop at the bus stop as my leg got cramp!


Resting my legs..


At last, I saw Tesco Rawang!


I had to put a mask as Rawang roads are a bit dusty..


 Then, 11 km more to Batu Caves!


Friday, December 20, 2013

Kayuhan Sebelum Menjual KHS Sixfifty 500 27.5


Pagi tadi merupakan saat yang agak genting dalam fikiran saya apabila saya sudah semakin tebal hati ingin menjual basikal gunung yang sentiasa mengingatkan saya kepada kejadian saya hampir-hampir jatuh gaung di trek Kota Damansara. Saya mencari 'feel' untuk 'terus menyayangi' basikal ini, namun ia tidak juga datang bertamu melainkan terus tebal ingatan saya terhadap kejadian malang tersebut. Basikal ini tidaklah salah, saya yang tidak biasa dengan trek tersebut sehingga menyebabkan saya jatuh terperosok mengenai satu batang kayu mati yang menahan saya daripada berguling ke gaung bawah.


Saturday, November 9, 2013

Terjatuh Di Trek Kota Damansara


Pagi tadi merupakan satu detik malang dalam aktiviti berbasikal saya terutamanya aktiviti basikal bukit kerana satu kejadian malang telah menimpa saya semasa pertama kali mengayuh di trek Kota Damansara. Sengaja saya mahu mencuba mengayuh di trek tersebut dan ajakan teman-teman membuatkan saya tambah berkobar-kobar untuk mencuba trek yang agak mencabar itu. Mencabar kerana ia adalah trek 'single trail' yang memerlukan seseorang pengayuh berhati-hati dengan laluan yang agak kecil. Trek tersebut menyediakan laluan kecil tetapi dipenuhi akar pokok yang perlu ditangani dengan penuh hati-hati kerana kesilapan menanganinyalah yang telah menyebabkan saya terjatuh teruk pagi tadi di trek tersebut.

Ceritanya ialah, saya tidak pernah mencuba trek ini. Ia trek yang kita sangkakan ada downhill selepas uphill tetapi sangkaan itu agak meleset kerana selepas uphill, akan ada uphill lagi di hadapan, dan seterusnya uphill lagi di hadapannya. Keadaan ini membuatkan saya keletihan dan tidak menyedari pedal saya tersangkut di satu akar pokok sehingga menyebabkan saya terjatuh. Kesilapan dalam gaya jatuhan juga menambah keperitan kerana kejadian yang berlaku terlalu pantas menyebabkan saya tidak terfikir untuk menggulingkan badan melainkan menahan jatuhan dengan kaki kanan sehingga ia terseliuh teruk sambil tangan kanan saya menahan satu batang pokok yang sudah mati sehingga menyakitkan pergelangan tangan saya. Tindakan refleks ini adalah kerana semasa saya jatuh, saya nampak ada gaung yang dalam di kanan saya, dalam apa juga keadaan, saya mesti menyelamatkan diri dan mengelakkan daripada terjatuh ke gaung bawah.

Selepas bangun daripada kesakitan yang amat sangat di bahagian pergelangan kaki dan tangan, saya terhincut-hincut meneruskan kayuhan kerana rakan-rakan saya sudah pasti sedang menunggu saya di hadapan. Sehingga beberapa pusingan crank, seorang rakan saya sudah berpatah balik untuk mencari saya. Dengan perlahan-lahan saya kayuhkan juga basikal walaupun kaki kanan saya semakin lama semakin panas rasanya. Pulang nanti akan saya lumurkan minyak panas di kawasan yang terseliuh itu. Selepas berusaha keras dan tubuh pun sudah mulai hangat seperti mahu demam, saya dan rakan-rakan berjaya menamatkan kayuhan. Alhamdulillah..